comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyasaran subsidi diesel, aktiviti penyeludupan berkurangan

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil

Oleh: Juliana Sharin

PUTRAJAYA: Beberapa aktiviti dipercayai berkaitan penyeludupan berkurangan terutama di kawasan sempadan Semenanjung Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata ia tidak mustahil ada tindakan penyeludupan yang berjaya dikekang susulan penyasaran subsidi diesel yang dibuat kerajaan.

“Dapatan waktu ini menunjukkan di beberapa stesen minyak di Rantau Panjang dan Wang Kelian aktiviti membeli minyak diesel berkurangan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau turut memberi peringatan agar tiada pihak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan susulan penyasaran subsidi diesel.

Contohnya sektor pembinaan yang memang sebelum ini tidak menerima atau tidak layak mendapatkan subsidi tersebut.

“Atas alasan mereka tidak lagi menerima subsidi diesel. Tetapi bila disemak mereka memang sebelum ini tidak layak untuk memerima subsidi diesel. Jadi disini kita lihat ada isu-isu yang dibangkitkan dan kita serah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk ambil tindakan tegas,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini