PETALING JAYA: Dunia hiburan tanah air kehilangan sebutir lagi permata apabila penyanyi popular era 70-an Jay Jay meninggal dunia kira-kira jam 9 malam tadi.
Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Damansara.
Berita pemergian Allahyarham disahkan penyanyi popular negara Datuk Hattan selepas dimaklumkan oleh isteri Jay Jay.
Kisah duka itu turut dikongsikan Datuk Fauziah Ahmad Daud di laman media sosialnya.
Terdahulu media melaporkan, penghibur yang popular dengan lagu Rindu Bayangan itu mengalami lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lalu.
Sebelum ini juga, anak Jay Jay, Cammy Fauzi ada memaklumkan bapanya dalam proses menjalani rawatan fisioterapi akibat diserang angin ahmar Jun lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.