KUALA LUMPUR: Tiga penyampai radio tiba di Bukit Aman di sini, pagi ini, bagi diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial sebuah stesen radio berkenaan.
Difahamkan mereka yang menaiki Toyota Alphard berwarna hitam tiba jam 10.30 pagi untuk membantu siasatan lanjut.
Media sebelum ini melaporkan, enam individu termasuk penyampai radio berkenaan akan diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, penyampai radio terbabit akan diambil keterangan di Bukit Aman pada jam 11 pagi, selain tiga individu lain membabitkan pengurusan stesen radio swasta terbabit.
Menurutnya, proses rakaman keterangan akan dijalankan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan sehingga pagi ini sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.