Tumpuan :
Nasional

Penutupan Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew mulai esok ditangguhkan

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan penangguhan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew sehingga diberitahu kelak.

DBKL dalam kenyataannya berkata penutupan jalan berkenaan yang ditutup selama setahun dibatalkan.

“Dimaklumkan bahawa DBKL menangguhkan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sg. Besi / Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew sehingga diberitahu kelak.

Kenyataan media bertarikh 1 Ogos 2023 oleh DBKL mengenai penutupan jalan berkenaan yang dijadualkan bermula 5 Ogos 2023 sehingga 4 Ogos 2024, adalah dibatalkan,” katanya.

Artikel berkaitan: Beberapa laluan di ibu negara ditutup setahun, mulai Sabtu ini.

Sebelum ini, DBKL memaklumkan jalan berkenaan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Sehubungan itu, DBKL berkata, pengguna jalan raya boleh melalui laluan itu seperti biasa.

Loading...
Terkini