comscore
Tumpuan :
Nasional

Penutup ‘manhole’ hilang punca kejadian simen terangkat di Jalan Masjid India

FOTO: DBKL

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Penutup lurang atau ‘manhole’ yang hilang menjadi punca kepada kejadian bahagian atas penutup simen di Jalan Masjid India terangkat, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan, penutup ‘manhole’ tersebut telah hilang dipercayai disebabkan perbuatan vandalisme.

“DBKL merujuk kepada video yang tular mengenai keadaan penutup simen terangkat di Jalan Masjid India.

“Dimaklumkan penutup lurang (manhole) telah hilang berkemungkinan disebabkan vandalisme dan menyebabkan penutup simen di bahagian atas terangkat.

FOTO: DBKL

Walaubagaimanapun katanya, isu itu telah diselesaikan pihak Indah Water Konsortium (IWK) yang telah memasang penutup ‘manhole’ tersebut pada awal pagi tadi.

“Pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah selesai memasang penutup lurang (manhole) tersebut pada awal pagi 5 Oktober 2024.

“DBKL menggesa orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyiarkan kandungan yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegelisahan orang awam dengan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Masjid India baru-baru ini.” tegas DBKL menerusi kenyataan itu.

Terdahulu tular satu video di media sosial  berdurasi 25 saat menunjukkan penutup simen terangkat di Masjid India ibu negara.

Ia mengundang keresahan netizen yang bimbang kejadian mendapan tanah yang berlaku di kawasan itu sebelum ini, akan berulang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini