Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal patah tangan kanan dihempap palang tumbang

Penunggang motosikal patah tangan kanan selepas dihempap palang berhampiran Bulatan Dato Onn, Bank Negara, Jalan Hang Tuah, di sini, Rabu lalu. Foto Ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal patah tangan kanan selepas dihempap palang berhampiran Bulatan Dato Onn, Bank Negara, Jalan Hang Tuah, di sini, Rabu lalu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 11:22 malam melalui MerS999, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Kamalzul AnuarZulkifli, berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dihempap palang akibat dilanggar oleh sebuah lori.

“Anggota berjaya mengeluarkan mangsa seorang lelaki yang tersepit dan menyerahkan pada pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini