Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut tersepit di bawah bas

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan bas kilang di Jalan Teluk Kumbar, pagi tadi.

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan bas kilang di Jalan Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 pagi.

Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis SYM dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 63 tahun iaitu penunggang motosikal telah tersepit di bawah bas.

“Anggota bomba bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang telah dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini