comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut, terjatuh parit sedalam 5 meter 

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Dato Hussin Kg Bukit Kuching, Hulu Selangor pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Katanya panggilan kecemasan telah diterima pihaknya pada jam 7.32 pagi tadi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dengan sebuah motorsikal jenis Yahama 135LC.

“Terdapat seorang mangsa lelaki melayu telah terjatuh ke dalam parit,  kedalaman parit tersebut sedalam 5 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini