comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas

Foto hiasan

BALIK PULAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari Jejantas Sungai Tiram, Jalan Sultan Azlan Shah di Bayan Lepas, di sini semalam.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada jam 4.10 petang, mangsa lelaki berusia 27 tahun yang menunggang sendirian itu sedang dalam perjalanan dari Bayan Baru ke rumahnya di Bayan Lepas.

“Apabila tiba di jejantas itu, motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum bergesel dengan penghadang jalan dan tercampak ke bawah jejantas.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 9.45 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini