KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta Toyota Camry di Batu 8, Jalan Matang-Kuching, kira-kira jam 3.15 pagi tadi.
Lelaki berusia 29 tahun yang menunggang motosikal Yamaha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pemandu kereta itu bagaimanapun melarikan diri.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan, Inspektor Muhammad Azim di talian 011-36172665 atau 082-862233,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.