comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penunggang motosikal maut, nahas dengan lori

 

CHANGLUN: Seorang lelaki rentung selepas motosikal ditungganginya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima maklumat kemalangan jam 5.45 petang membabitkan sebuah lori dengan sebuah motosikal.

Anggota Bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah motosikal di hadapan stesen minyak di Changlun. – FOTO: Ihsan Bomba

“Penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kemudian kerana masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.36 petang.

FOTO: Ihsan Bomba

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam seramai lapan anggota tiba di lokasi untuk melakukan penyelamatan.

“Pasukan Keluaran Operasi melaporkan berlaku kebakaran membabitkan sebuah motosikal akibat kemalangan.

“Mangsa dipercayai seorang lelaki ditemui rentung dengan kesan melecur sebanyak 60 peratus dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya di sini hari ini.

Zulkifli berkata, anggotanya kemudian melakukan pemadaman menggunakan dua aliran saluran air dari jentera Bomba.

Beliau berkata, Komander Operasi melaporkan api berjaya dikawal dan peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 100 peratus.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini