comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta, polis kesan pemandu

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Seorang penunggang motosikal maut dan seorang pejalan kaki berusia 84 tahun, parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 25 Jalan Lipis – Merapoh,dekat sini, awal pagi ini

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6:50 pagi itu lelaki warga emas dilanggar sebuah motosikal dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Lipis.

Menurut, ketika kejadian warga emas terbabit bersama seorang rakannya melintas jalan untuk bersarapan di sebuah restoran.

Katanya, akibat rempuhan itu warga emas terbabit dan penunggang motosikail lelaki etnik Orang Asli Zaiful Said, 25, dari Pos Sendarut, dekat sini, jatuh di tengah jalan.

“Kemudian datang sebuah kereta juga dari arah Merapoh ke Lipis merempuh kedua-dua mangsa masih berada di tengah jalan.” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurut Ismail, penunggang motosikal terbabit maut di tempat kejadian serta warga emas terbabit parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, berdasarkan rakaman camera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian kereta terbabit dalam kemalangan itu berwarna merah dan pemandunya berhenti seketika sejurus merempuh kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun katanya, pemandu kereta terbabit terus beredar meninggalkan lokasi kejadian.

“Polis meminta kerjasama pemandu kereta terbabit atau saksi kejadian tampil membantu siasatan.” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini