comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut dilanggar lori kontena

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan lori kontena di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung, di Bayan Lepas Pulau Pinang. – Foto ihsan JBPM

BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas dengan sebuah lori kontena di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, mangsa Saiful Azhar Shaari, 41, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 38 tahun cedera di kepala.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena terbabit hilang kawalan sebelum merempuh motosikal mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan lori kontena dengan motosikal jenis Yamaha LC yang mana penunggangnya berada di bawah lori.

“Pasukan penyelamat kemudian menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Rohaizal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi dan mayatnya dihantar ke hospital.

“Keadaan aliran trafik semasa kejadian juga terkawal dan kes diserah kepada pihak polis. Operasi tamat pada jam 10.39 malam,” katanya.

Loading...
Terkini