Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut dilanggar lari

Penunggang motosikal maut di lokasi kemalangan selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Gayang, Tuaran. IHSAN PDRM

TUARAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan dipercayai kereta dalam kejadian di Jalan Gayang di sini, awal pagi hari ini.

Insiden berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu mengorbankan mangsa akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan kereta.

“Pemandu kenderaan didapati melarikan diri dari lokasi kemalangan dan penunggang motosikal yang cedera parah di bahagian kepala dan seluruh badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan setakat ini beberapa orang individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis giat mengesan pemandu yang melarikan diri dari lokasi kemalangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika di jalan raya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini