Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut dalam nahas 6 kenderaan

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Jalan Hulu Langat – Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 20 tahun yang tercampak ke tepi jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian, empat buah motosikal dan sebuah kereta sedang dalam perjalanan menghala ke Ampang.

“Semasa melalui Jalan Hulu Langat – Ampang, sebuah lagi kereta dari arah Ampang dipercayai memasuki laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan itu.

“Kemalangan menyebabkan salah seorang penunggang motosikal, tercampak ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kesemua yang terlibat berusia antara 17 hingga 38 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini