Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut bertembung dengan kereta

FOTO: JBPM

PONTIAN: Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemandu kereta mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kukup, Penerok di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Dzulkhan Iskandar berkata, kemalangan berlaku jam 12.02 tengah hari berhampiran Klinik Kesihatan Penerok.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal Kawasaki dan kereta Toyota Corolla.

“Akibat kemalangan itu penunggang motosikal Kawasaki, lelaki berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.

“Bagaimanapun pemandu kereta Toyota Corolla lelaki berusia 68 tahun mengalami kecederaan kerana tersepit di dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abdul Hamid Abd Rahaman berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Corolla dari arah Pontian menghala ke Kukup hilang kawalan di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal dari arah Kukup ke Pontian yang dikenali sebagai Amirulhisyam Bahari berasal dari Desa Perdana Bandar Tun Razak Pahang bertembung secara bertentangan dan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini