comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut, 7 lagi cedera dalam kemalangan

PAGOH : Seorang penunggang motosikal maut, manakala 7 lagi cedera apabila sebuah kereta berlanggar dengan sebuah motosikal, di kilometer 144.4 Lebuhraya utara selatan, arah utara, berdekatan susur keluar Pagoh, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 2.40 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, 2 jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba Pagoh, Tangkak dan Bukit Gambir bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.09 minit pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Mercedes yang dinaiki 6 orang termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki.

Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal maut di lokasi kejadian manakala pemandu cedera.

Pemandu dan penumpang kereta turut cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.

Loading...
Terkini