Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal lari sekatan jalan raya, rempuh kereta 

Foto: Tangkap layar video tular

SUNGAI BULOH: Seorang penunggang motosikal bertindak menunggang melawan arus ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya sebelum merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Subang Perdana, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian pada 6.17 petang itu menyebabkan penunggang terbabit cedera ringan.

“Siasatan mendapati, penunggang motosikal bertindak demikian kerana takut cukai jalan dan insurans motosikal sudah tamat tempoh.

“Penunggang terbabit cuba berpatah balik dengan melawan arus sebelum merempuh Proton Persona,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Kedua-dua pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Terdahulu, video berdurasi 52 saat milik kenderaan terbabit tular yang memaparkan tindakan penunggang motosikal itu.

Loading...
Terkini