Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok

FOTO: JBPM

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Seorang penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang akibat ribut di Ayer Itam, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Alor Setar – Kangar dekat Ayer Itam pada jam 5.38 petang.

FOTO: JBPM

Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 6.01 petang mendapati sebatang pokok tumbang di atas jalan dan menghempap sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat.

“Seorang mangsa penunggang motosikal mengalamai kecederaan dan seorang lagi pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh pihak ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata beliau, anggota bomba telah melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tumbang dan mengalihkan pokok dari lokasi dan membuka laluan untuk kenderaan.

Operasi tamat pada jam 6.51 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini