comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera ringan selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok di Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 petang.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, kami mendapati sebatang pokok telah menghempap motosikal mangsa jenis Yamaha LC135. Mangsa, 33 tahun mengalami cedera ringan dibahagian kepala.Mangsa juga telah dibawa kakitangan Kementerian Kesihatan, KKM ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan”, katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Kerja pembersihan dan pengalihan pokok juga telah dilakukan pihak bomba.

Loading...
Terkini