comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan

FOTO: Ihsan Polis

RANTAU PANJANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kampung Rahmat, jam 9.20 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata ketika kejadian, mangsa yang berusia 32 tahun menunggang motosikal BMW S 1000 RR dari arah Tanah Merah menghala ke Rantau Panjang.

Katanya, hasil siasatan,motosikal mangsa yang melalui kawasan selekoh hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk tujuan bedah siasat.

FOTO: Ihsan Polis

“Selain itu, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal kenderaan semasa hendak mengambil selekoh ke kanan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kama berkata bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Mas di talian 09-7900280 untuk membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini