comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang maut, motosikal hilang kawalan

Lelaki warga asing maut selepas motosikalnya hilang dan melanggar sebuah kereta di Jalan Sedenak, Kulai.-Foto ihsan Polis

KULAI: Lelaki warga asing maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan akibat jalan licin dan melanggar sebuah kereta di Jalan Sedenak di sini, kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pihaknya terdahulu menerima makluman dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berkaitan kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal Honda Dash dan kereta Perodua Bezza.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta iaitu seorang wanita tempatan berusia 32 tahun memandu dari arah Layang-layang menghala ke Johor Bahru.

“Ketika pemandu kereta melalui Jalan Sedenak secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Dash ditunggang lelaki warga asing berusia 38 tahun datang dari arah bertentangan hilang kawalan akibat jalan yang licin selepas hujan.

“Motosikal itu kemudian melanggar bahagian depan kereta terbabit dan akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat penunggang motosikal itu dibawake Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini, bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tan turut memohon orang ramai yangmempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini