comscore
Tumpuan :
Nasional

Penuaian air hujan inovatif mampu lestarikan alam sekitar

PETALING JAYA: Pemasangan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Air Hujan, (SPAH) di bangunan serta premis perniagaan boleh memberikan impak jangka panjang kepada ketahanan terhadap perubahan cuaca dengan keupayaan simpanan sumber air yang mampan.

Air tadahan hujan yang dikumpul boleh digunakan bagi tujuan operasi harian seperti pengepaman tandas, siraman landskap serta kegunaan lain yang berkaitan.

Pengarah Pengurusan Hartanah dan Kewangan MYDIN, Azwan Ahimmat.

Pengarah Pengurusan Hartanah dan Kewangan MYDIN, Azwan Ahimmat dalam satu kenyataan berkata, sepuluh cawangan pasar raya besar MYDIN mengaplikasikan model penuaian air yang digunakan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, (NAHRIM) dengan kapasiti tangki simpanan air hujan yang menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Sistem berkenaan menurutnya dapat memanfaatkan kawasan sekitar dengan mengelakkan limpahan air hujan ke kawasan lain sehingga boleh menyebabkan banjir kilat.

“MYDIN memfokuskan pengurusan perniagaan yang lebih lestari selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) bagi mewujudkan suasana dan entiti perniagaan lebih pintar dengan pendekatan kemanusiaan.”

SPAH merupakan langkah ke arah mewujudkan amalan perniagaan lestari bagi mengurangkan risiko terhadap alam sekitar dalam mengintegrasikan pengoperasian yang mampan bagi menjamin keharmonian alam sekitar untuk generasi akan datang.

Loading...
Terkini