comscore
Tumpuan :
Nasional

Pensijilan halal: Pemilik restoran sambut baik keputusan kerajaan

Babu Ramachandran/ Pemilik Restoran

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Meskipun premis tidak mempunyai pensijilan halal namun bahan mentah yang dibekalkan diperolehi daripada produk yang mempunyai sijil halal termasuk daging dan ayam yang disembelih.

Itu alasan yang diberikan pemilik restoran yang tidak mempunyai perakuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Justeru, keputusan kerajaan untuk mengekalkan dasar sedia ada untuk permohonan sijil pengesahan halal Malaysia yang bersifat sukarela disambut baik.

Pemilik salah sebuah restoran di Brickfields, ibu negara, Babu Ramachandran yang ditemui memperakui bahawa perakuan halal Malaysia tidak hanya mementingkan sumber bahan mentah yang diperoleh, tetapi aspek penyediaan makanan termasuk kebersihan dan kesihatan turut diambil berat.

Selain itu, mereka memahami sensitiviti umat islam berkaitan daging babi serta alkohol.

“Makanan kita semua bersih dapur semua bersih kita punya pembekal ayam pun daripada halal, kita punya pembekal kambing pun halal kita kesemua produk yang kita pakai memang halal”.

Subramaniam Muniandy/ Pemilik Restoran

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik restoran yang ditemui Subramaniam Muniandy berkata, beliau memang berhasrat untuk memohon pensijilan halal tetapi tempoh masa akreditasi serta beberapa syarat ketat yang ditetapkan agak membebankan misalnya tukang masak tempatan beragama Islam.

“Memang susah untuk meniaga kita susah banyak prosedur yang tak tau lah apa nak lagi cakap memang saya ada pergi kursus halal,barang yang halal semua tu orang melayu juga yang jual semua tu ayam ke santan ke memang kita ikut beli yang diorang saja”

Hasil tinjauan di beberapa restoran hari ini juga mendapati individu muslim tetap mengunjungi premis yang tidak mempunyai perakuan Halal.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata, JAKIM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini