Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penjawat awam Gred 11-56 dapat kenaikan tambahan RM100 setahun

Foto hiasan

Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 bernilai RM100 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah bernilai RM700 ringgit, manakala RM350 bagi sejuta pesara.

“Selanjutnya, RUU ini juga penting dalam mendepani musibah banjir. Meneladani bencana banjir sebelum ini, rakyat tidak boleh lagi diheret dengan kelewatan kerajaan menghulur bantuan dan pertolongan.

“Jadi adalah penting untuk bertindak proaktif dan menggerakkan usaha segera dalam memastikan pengurusan bencana banjir yang teratur, segera dan berkesan.

“Ketika ini, RM400 juta sudah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kesiapsiagaan awal di kawasan banjir. Pelbagai agensi kerajaan sudah berada di lapangan bagi mengerakkan jentera untuk membantu rakyat.

“Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan sumber kewangan tambahan jika perlu bagi memastikan kelancaran pengurusan banjir,” katanya.

Loading...
Terkini