Tumpuan :
Kes

Penjawat awam ditahan jual, edar air ketum

Penjawat awam ditahan bersama lapan botol air ketum di Presint 9, Putrajaya. -Foto: ihsan PDRM

PUTRAJAYA: Gara-gara disyaki menjalankan aktiviti pengedaran air ketum di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, seorang penjawat awam ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Presint 9, pada 12.30 tengah malam menerusi Ops Tapis.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menemukan lapan botol air yang disyaki mengandungi air ketum.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Pada 11 April lalu, polis turut menahan seorang penjawat awam berusia 36 tahun di daerah ini kerana menjual dan mengedar air ketum, selain merampas tujuh botol air ketum.

Loading...
Terkini