Tumpuan :
Nasional

Penjara Narathiwat melebihi kapasti, 30 rakyat Malaysia antara tahanan

Seramai 30 rakyat Malaysia menjalani hukuman di Penjara Narathiwat dengan sebahagian besarnya atas kesalahan dadah. – FOTO: NSTP

NARATHIWAT: Seramai 30 rakyat Malaysia termasuk enam yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok, 1 November lalu, menjalani hukuman penjara di sini.

Jurucakap Penjara Narathiwat berkata, kebanyakannya dihukum berkaitan penyalahgunaan dadah dan berasal dari beberapa negeri dengan sebahagian besarnya dari Kelantan.

Beliau berkata, 30 rakyat Malaysia itu adalah antara 2,879 banduan yang ditahan di penjara terbabit.

“Selain penyalahgunaan dadah, mereka turut dihukum atas kesalahan merompak dan mendatangkan kecederaan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata, jumlah banduan ketika ini melebihi kapasiti 2,400 orang.

“Ini adalah penjara baharu dan lebih besar dari yang lama di bandar Narathiwat.

“Kami berpindah di kawasan luar bandar kira-kira empat tahun lalu dan mempunyai 2,879 banduan termasuk 480 wanita,” katanya.

Jurucakap itu berkata, banduan yang dihantar ke penjara Narathiwat adalah mereka yang dijatuhi hukuman penjara kurang 30 tahun.

Mereka yang dihantar ke sini dianggap banduan melakukan kesalahan kecil manakala bagi yang didapati bersalah kerana membunuh dan jenayah berat lain dihantar ke penjara Yala atau Songkhla,” katanya.

Beliau mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat moden, adalah rakyat Malaysia terbaharu dihantar ke penjara itu, Isnin lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini