comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjanaan bahan api arang batu dikurangkan berperingkat, tiada stesen jana kuasa baharu – TPM Fadillah

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Penjanaan bahan api arang batu akan dikurangkan secara berperingkat dan tiada lagi stesen jana kuasa arang batu baharu akan dibuka untuk penerokaan bahan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengurangkan pemanasan global yang sedang dialami di seluruh dunia.

“Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan dengan jelas bahawa mengurangkan pergantungan kepada arang batu adalah penting untuk mengehadkan pemanasan global,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Clean Energy Transition Asia (CETA) Summit 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Jelas Datuk Seri Fadillah lagi, menjelang 2035, kerajaan turut bercadang untuk meningkatkan fleksibiliti grid sebanyak 20 peratus, ia bagi membolehkan integrasi sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih besar.

“Kerajaan juga akan meningkatkan fleksibiliti grid dengan melabur dalam grid pintar, digitalisasi, dan sistem penyimpanan tenaga” ujar beliau ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Clean Energy Transition Asia (CETA) Summit di Pusat Konvension Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, Skim Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat (CRESS) juga diperkenalkan untuk menggalakkan pengguna korporat untuk melabur dan mendapatkan tenaga boleh diperbaharui secara langsung daripada pengeluar solar melalui pengaturan akses grid pihak ketiga.

“Pelaksanaan CRESS dan garis panduan yang akan datang mencerminkan komitmen kerajaan yang teguh terhadap liberalisasi grid dan tekad untuk menggalakkan pasaran tenaga yang kompetitif, cekap, dan tahan lasak di Malaysia,” katanya.

Disamping itu, kerajaan juga mengalakkan grid kuasa serantau secara integrasi dilaksanakan dalam kalangan negara ASEAN dimana ia turut berupaya pemangkin ekonomi dalam menggalakkan kerjasama serantau melalui perdagangan tenaga boleh diperbaharui merentasi sempadan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini