comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjaga kanak-kanak mangsa dera ibu & pengkid belum diputuskan 

MELAKA: Penjaga bagi kanak-kanak lelaki yang dipercayai didera ibu dan rakan, wanita yang berperwatakan lelaki ‘pengkid’ di sebuah rumah di Pasir Gudang, Jumaat lalu hanya akan dimuktamadkan selepas kanak-kanak itu selesai menerima rawatan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, meskipun waris kepada kanak-kanak itu sudah dikenal pasti, ia belum dimuktamadkan lagi.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak 7 tahun didakwa jadi mangsa dera ibu kandung & ‘pengkid’

Ketika ini mangsa yang berusia 7 tahun masih dirawat di Hospital Sultan Ismail dan memerlukan rawatan rapi akibat daripada kesan kecederaan dialaminya.

“Memang pun sudah ada ‘background work’ siapa yang boleh mengambil kanak-kanak itu tetapi belum dimuktamadkan sehingga (dia) sudah keluar.

“Dari situ barulah akan dimuktamadkan. Ia masih dalam perbincangan untuk mencari orang yang layak dan sesuai,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, hari ini.

Nancy berkata, selain akan memuktamadkan penjaga yang layak, JKM juga kini giat melakukan persediaan dalam memberi sokongan terhadap kanak-kanak itu bagi mengatasi trauma dialaminya.

“Sebenarnya kanak-kanak itu baru setahun tinggal bersama ibu kandungnya, sudah tentu akan mengalami trauma. Kita akan memastikan kanak-kanak ini mendapat dorongan dan bantuan keyakinan, malah JKM sentiasa menjaganya supaya tiada gangguan lain,” katanya.

Loading...
Terkini