Tumpuan :
Nasional

Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim berkata, peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.

Beliau berkata antara contoh syarikat tempatan yang boleh dijadikan panduan susulan memanfaatkan pelaburan dalam sektor teknologi ialah CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd (CG Global) yang terletak di Zon Perindustrian Prai, Pulau Pinang kerana berjaya menembusi pasaran global.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

“Saya titipkan ucapan tahniah dan semangat kepada seluruh warga CG Global (yang mana 80 peratus tenaga kerja adalah wanita) atas kejayaan menembusi pasaran global, dan merupakan antara lain hasil daripada program-program dukungan dan insentif daripada kerajaan,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.

Beliau pada hari ini berpeluang mengadakan lawatan ke CG Global, sebuah perusahaan kecil dan sederhana milik wanita Bumiputera yang merupakan pengeluar utama dalam penyediaan spektrum perkhidmatan CEM (Contract Electronics Manufacturing).-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini