comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] Penimbang tara Sepanyol, Stampa didapati bersalah menghina mahkamah

Penimbang Tara Sepanyol, Dr. Gonzalo Stampa

PETALING JAYA: Penimbang Tara Sepanyol, Dr. Gonzalo Stampa yang secara kontroversi mengarahkan Malaysia membayar US$14.92 bilion (RM70.19 bilion) kepada kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu telah didapati bersalah oleh mahkamah Sepanyol.

Beliau turut dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata dalam keputusannya itu, mahkamah Sepanyol turut menggantung Stampa daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara selama setahun.

“Usaha Kerajaan Madani dalam memuktamadkan penipuan oleh waris Sultan Sulu tidak sia-sia. Kami kekal dalam perjuangan untuk mencari keadilan dan akan terus berusaha sehingga Final Award (keputusan akhir),” katanya melalui media sosial X hari ini.

6 November lalu, Mahkamah Perancis dalam satu keputusan berasingan turut membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat oleh kumpulan itu terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris.

Loading...
Terkini