comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Peniaga sayur tetak guna pisau panjang direman enam hari

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Seorang peniaga sayur direman enam hari bagi membantu siasatan kes tetak menggunakan pisau di kawasan parkir PPR Pekan Kepong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Katanya, dalam kejadian sekitar 6.30 petang semalam, insiden dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan halangan parkir.

“Masa itu mak saudara dia (mangsa ) tak boleh keluar kereta, keretanya dihalang oleh kereta suspek, jadinya pemilik kereta membunyikan hon, tiada siapa yang datang alihkan kereta, masa itu dah pukul 5.30.

“Kemudian pukul 6 petang, suspek datang marah-marah, masa itu ada anak saudara kepada pemilik kereta yang terhalang tu, lepas itu mereka bertengkar mulut dan kemudia suspek tumbuk anak saudara pengadu.

“Setelah bertengkar dan bergelut, suspek pergi ke kereta bawa keluar pisau, suspek hayun pisau, pisau yang panjangnya 32 sentimeter,” katanya.

Ujarnya, dalam kejadian semalam, seorang pekerja sambilan menerima 35 jahitan selepas cedera di bahagian kepala dan tangan kiri, akibat ditetak suspek.

Tambahnya, suspek ditahan sekitar 6.45 petang semalam, di lokasi kejadian.

Mangsa, 24 tahun  yang merupakan pekerja sambilan juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih dirawat di Hospital Selayang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini