comscore
Tumpuan :
Nasional

Peniaga rugi, tidak sempat selamatkan barang

Pemandangan dari atas keadaan banjir yang semakin memburuk di Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI: Ratusan peniaga yang menjalankan perniagaan di sekitar pusat bandar Kota Tinggi berdepan kerugian besar dalam bencana banjir kali ini.

Malah tinjauan di sekitar kawasan bandar mendapati sektor ekonomi lumpuh dengan kebanyakkan kedai terjejas banjir, malah beberapa stesen minyak di Jalan Tun Sri Lanang turut ditutup.

Peniaga Gerai Belangkas Mahkota di Jalan Tun Sri Lanang, Mohamad Hit Abdul Hamid, 52 berkata air yang naik mendadak dan berarus menyebabkan tiada apa barangan dapat diselamatkan.

Katanya, dia hanya mampu melihat peti ais terapung-apung dari luar premis.

“Semalam, kedai kami memang tidak beroperasi, jadi kami tidak dapat selamatkan apa-apa barangan termasuk menaikkan barangan elektrik ke tempat yang lebih tinggi.

“Saya sudah tidak boleh masuk kedai, sebab air sangat tinggi, hanya boleh lihat dari luar peti ais dan barang-barang lain terapung.

“Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000 dan ini kali pertama banjir pada tahun ini. Banjir tahun lepas berlaku sekali tetapi tidak seteruk ini,”katanya yang sudah 24 tahun berniaga.

Peniaga Gerai Belangkas Mahkota di Jalan Tun Sri Lanang, Mohamad Hit Abdul Hamid kerugian hampir RM10,000 kerana tidak dapat menyelamatkan barangan kedai.

Seorang kontraktor, Tan Hong Ming, 66, mendakwa banjir mengambil masa lama untuk surut kerana kedudukan bandar ini rendah.

Katanya hujan lebat semalam hampir 24 jam, ditambah air pasang.

“Saya harap banjir di bandar ini tidak berlaku seperti pada 2006 atau 2007 yang paling buruk dalam sejarah.

“Tetapi kalau hujan lebat berterusan, tidak mustahil (banjir buruk seperti tahun 2006 dan 2007) boleh berlaku lagi,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini