Tumpuan :
Nasional

Peniaga dilarang guna peralatan tidak sesuai di bazar Ramadan – KKM

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan peralatan yang bukan untuk penyimpanan atau penyediaan makanan dalam perniagaan, termasuk di bazar Ramadan.

Menurut KKM, larangan itu melibatkan penggunaan bekas seperti akuarium sebagai balang air, tong sampah hitam untuk menyimpan bahan mentah, serta peralatan lain yang tidak sesuai kerana boleh mencemarkan makanan dan meningkatkan risiko kesihatan kepada pengguna.

Bagi memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan, pemantauan akan dijalankan sepanjang Ramadan, bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga di hotel yang menyediakan bufet, premis pembekal bahan mentah dan premis penyediaan ais.

KKM turut menasihati orang ramai agar mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan kaedah ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan.

Sementara itu, peniaga diingatkan untuk tidak menyediakan juadah terlalu awal serta memastikan makanan dihantar menggunakan kenderaan yang bersih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini