comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Peniaga Bazar Ramadan terjejas banjir di Johor mohon bantuan

Peniaga Bazar Ramadan, Nur Aishah Khir Mohd Husir ketika melayan pengunjung di Segamat, Johor.

Oleh Ismail Osman

SEGAMAT: Peniaga Bazar Ramadan di Johor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini memohon bantuan untuk kembali bangkit bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Jika beberapa tahun sebelum ini perniagaan mereka diuji dengan pandemik COVID-19, kini mereka terpaksa berhadapan dengan musibah banjir yang turut merosak dan memusnahkan barangan dan peralatan-peralatan perniagaan.

Peniaga Bazar Ramadan di Segamat yang merupakan daerah paling terjejas akibat banjir teruk baru-baru ini mengakui terpaksa mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk memulakan kembali perniagaan.

Rohaya Yahya, salah seorang peniaga Bazar Ramadan berkata, kebanyakan barangan perniagaan tidak boleh digunakan lagi dan terpaksa dibeli semula dengan melibatkan lebih RM10,000.

Seorang lagi peniaga, Nur Aishah Khir Mohd Husir mengakui sangat terjejas dengan musibah yang datang bersilih-ganti.

“Kebanyakannya (barangan) kami belum beli lagi. Itulah, dengan COVID lagi, banjir lagi, memang sangat-sangat terjejas. Banyak barangan yang rosak, mahu tidak mahu kena beli baru, anggaran dalam RM20,000.”

Justeru peniaga berharap agar kerajaan dan agensi berkaitan dapat membantu meringankan beban kewangan mereka apatah lagi golongan itu turut terkesan dengan peningkatan harga barangan perniagaan khususnya bahan mentah.

Banjir di Johor bermula 26 Februari lalu dianggap yang terburuk dihadapi selepas banjir sama pada 2006 dengan daerah Segamat dan Batu Pahat paling teruk terjejas.

Loading...
Terkini