comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengutip bola golf ditemukan lemas 

FOTO: JBPM

JOHOR BAHRU: Seorang pengutip bola golf ditemukan lemas selepas terjatuh di tasik di Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Starhill Golf & Country Club di sini pada 4.28 petang hari ini.

Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dan Kempas serta sebuah utiliti Hicom dari Skudai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 18 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Noor Azhan Ahmad.

“Kejadian membabitkan seorang mangsa yang terjatuh ke dalam tasik dan lemas pada jam 3.50 petang.

“Ketika kejadian mangsa sedang bekerja mengutip bola golf di kawasan tasik terbabit,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak membuat pencarian menggunakan teknik surfacesearching dalam radius tiga meter.

“Mangsa ditemukan pada jam 5.39 petang pada jarak tiga meter dari lokasi terakhir mangsa,” katanya.

“Mangsa merupakan warga Nepal berusia 27 tahun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat pada 6.15 petang hari ini,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Loading...
Terkini