Tumpuan :
Nasional

Pengurusan risiko bencana perlu diberikan penekanan oleh kerajaan – Agong

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan fizikal melalui pengurusan risiko bencana perlu diberikan penekanan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pendekatan lebih sistematik dan strategik perlu segera dilaksanakan kerajaan bagi menangani kesan daripada musibah bencana alam terutamanya banjir yang berlaku saban tahun.

“Pendekatan lebih sistematik dan strategik hendaklah segera dilaksanakan bagi menangani sepenuhnya kesan daripada musibah bencana alam terutamanya banjir yang berlaku saban tahun,” titah baginda.

Musibah kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember tahun lepas wajar dijadikan iktibar agar peristiwa sedemikian tidak lagi berulang.

“Justeru sudah tiba masanya mekanisme pengurusan bencana dipastikan berkesan menerusi penyelarasan gerak kerja yang sempurna,” titah baginda dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini, hari ini.

Sementara itu mengenai aspek keselamatan dan ketenteraman awam Al-Sultan Abdullah bertitah cabaran dan ancaman keselamatan yang sentiasa bersifat dinamik, memerlukan kesiapsiagaan negara untuk menghadapinya termasuklah dalam aspek penyelenggaraan, perolehan peralatan dan kelengkapan baharu.

Loading...
Terkini