comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengurusan Mydin mengesahkan pasar rayanya di Manjoi terbakar

 

IPOH: Pengurusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mengesahkan pasar raya besarnya di Manjoi, di sini, terbakar malam ini.

Menerusi satu kenyataan ringkas di laman Facebook, Mydin menyatakan segala makluman dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihaknya.

“Pihak kami mengambil maklum insiden kebakaran yang membabitkan Mydin di Manjoi, Perak.

“Segala makluman dan kenyataan rasmi akan disiarkan dalam laman media rasmi kami dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Difahamkan pengunjung serta peniaga terpaksa mengosongkan premis itu susulan kebakaran yang berlaku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini