Tumpuan :
Nasional

Pengurus FELDA ditahan seleweng lebih RM10,000

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus rancangan FELDA di Kulai ditahan kerana menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 daripada Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri, semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu telah ditahan kira-kira 7 malam tadi di pejabat SPRM Johor, di sini.

“Penahanan suspek dibuat kerana menyalahguna kuasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) bagi menyeleweng peruntukkan melebihi RM10,000 daripada Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri,” kata sumber berkenaan, hari ini.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini