comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengunjung bertuah bawa balik Perodua Axia

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

SERDANG: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Siapa sangka tuah Azman Awang, 51 mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 sebanyak tiga kali berjaya dinobatkan sebagai pengunjung ke 5 juta sekaligus membawa pulang sebuah Perodua Axia tajaan Agrobank.

Azman yang juga peniaga pisang goreng di Taman Harmoni Kajang pada mulanya tidak menyangka akan memenangi cabutan bertuah tersebut.

“Ketika itu saya sedang menunggu bas untuk pulang, ada pegawai yang datang dan mengucapkan tahniah kerana memenangi hadiah misteri.

“Pada mulanya saya ingatkan mereka ‘scammer’ namun selepas dibawa ke dewan dan kemudian baru dimaklumkan saya adalah pemenang,” ujarnya ketika ditemui media pada Majlis Penutup Maha di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Azman yang juga berasal dari Kelantan berkata, kebiasaannya dia akan datang ke MAHA 2024 pada sebelah malam namun mengambil keputusan untuk hadir pada waktu siang sempena hari terakhir penganjurannya.

“Setiap hari anak-anak akan mengajak ke sini, dan dan hari ini saya bawa mereka melihat pameran zoo seperti ternakan,” ujarnya.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini berkata, kenderaan yang dimenanginya itu akan dimanfaatkan buat isterinya Siti Nurul Ashikin Ghazali, 35, yang bertugas sebagai guru sekolah menengah.

Pada penganjuran kali ini, MAHA 2024 mencipta sejarah apabila berjaya mencatat jumlah pengunjung lebih lima juta orang setakat 12 tengah hari tadi.

MAHA 2024 akan melabuhkan tirainya hari ini selepas 12 hari penganjurannya yang bermula 11 September lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini