comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: Pengundi Orang Asli teruja, harap wakil rakyat beri perhatian

Radiah (dua dari kiri) bersama Mohd Noorsham (tengah) selepas mengundi di SMK Sultan Abdul Jalil. – FOTO: NSTP

KLUANG: “Kami bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan tanggungjawab. Kami harap calon yang menang bantulah kami,” kata Radiah Shari, 32.

Dia antara 64 pengundi Orang Asli dari Kampung Orang Asli Tanah Runtuh yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil, 8.15 pagi ini.

Menurut suri rumah itu, dia bersama beberapa penduduk kampung terbabit tiba di pusat mengundi sekitar 7.30 pagi sebelum memasuki dewan.

“Saya teruja kerana ini kali ketiga saya mengundi dalam tempoh dua tahun selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.

“Kami (komuniti Orang Asli) tak ramai, namun kami harap sangat diberi perhatian selepas ini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Tok Batin Mohd Noorsham Abdullah, 49, berkata, mereka bersiap awal sebelum bergerak menaiki 10 kereta ke pusat mengundi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana urusan dipermudahkan, saya boleh balik awal untuk bekerja seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, SMK Sultan Abdul Jalil antara pusat mengundi paling ramai membabitkan 4,700 pengundi di sembilan saluran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini