Oleh: Vinsla Santiran
KUALA LUMPUR: Salah seorang peserta, Lok Mee Wan mewujudkan suasana sengit kepada peserta lain dalam Uji Bakat Penyampai Berita TV3 apabila mempunyai penguasaan dalam lima bahasa berbeza.
Anak jati kelahiran Kamunting, Perak berusia 22 tahun itu mula menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan Kantonis seawal usia 10 tahun.
Mee Wan ingin menggunakan platform ini untuk mengetengahkan identitinya.
“Saya ingin menggunakan platform ini untuk mencapai impian.
“Saya berharap dapat membawa sesuatu yang istimewa untuk juri,” katanya.
Dia berharap teknik-teknik yang dipelajari dalam uji bakat dapat mengasah kemahiran dan mendalami minatnya dalam dunia penyiaran berita.
Seramai 25 peserta menyertai Uji Bakat Penyampai Berita TV3 yang diadakan di Balai Berita Kuala Lumpur hari ini setelah disaring daripada lebih 600 peserta sebelum ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.