Tumpuan :
Nasional

Pengsan ketika memandu, kematian wanita depan stesen minyak tiada unsur jenayah

KOTA BHARU: Kereta dipandu seorang wanita terbabas selepas pengsan dan ditemui maut di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata kejadian jam 3.19 petang ketika mangsa memandu kereta jenis PERODUA Myvi dari arah Jalan Zainal Abidin ke Jalan Sultan Ibrahim.

 

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan mangsa bergerak secara perlahan ke Jalan Sultan Ibrahim tanpa berhenti ketika berada di simpang jalan.

“Mangsa ketika itu dipercayai tidak sedarkan diri dan kenderaannya terbabas ke arah pembahagi jalan. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas wanita itu.

“Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mohd Rosdi meminta mana-mana individu yang melihat kejadian supaya tampil ke balai polis bagi membantu siasatan selain tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Loading...
Terkini