JOHOR BAHRU: Beberapa rumah penginapan sementara pekerja di jalan Permas Utama satu, Taman Permaa, dekat sini, musnah dalam satu kebakaran, petang tadi.
Komander Operasi Balai bomba dan penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan dua, Saiful Bahari Mampop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran jam 6.42 petang.
Susulan itu, katanya 19 anggota bomba bersama dua jentera dari balai bomba johor jaya dan pasir gudang bergegas ke lokasi.
“Hasil siasatan mendapati kebakaran membabitkan rumah penginapan sementara pekerja berkeluasan 24 meter dan 7 meter lebar terbakar.
“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan rumah pekerja berkenaan sudah lama ditinggalkan dan terbiar serta dipenuhi semak samun,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Lewat petang tadi tular video di media sosial yang memaparkan api marak susulan kebakaran rumah penginapan sementara pekerja terbabit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.