comscore
Tumpuan :
Nasional

Penghuni PPS di Sarawak menurun

Foto hiasan

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun petang ini.

Berdasarkan laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sehingga jam 1 tengah hari seramai 169 mangsa banjir daripada 50 keluarga masih ditempatkan di PPS.

Jumlah itu menurun berbanding seramai 282 mangsa banjir daripada 67 keluarga ditempatkan di enam PPS di Kuching, Bau dan Serian.

Penurunan itu berikutan satu PPS iaitu di Balai Raya Kampung Opar, Bau ditutup tengah hari tadi.

Mangsa banjir yang masih berada di PPS ketika ini ialah di Surau Nur Hidayah yang menempatkan 20 mangsa daripada 11 keluarga dan 80 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Batu Kawa.

PPS Dewan Batu Kitang Jaya pula menempatkan 22 mangsa daripada lima keluarga;Dewan Datuk Seri Ts Mohammad Hamdan, Balai Bomba dan Penyelamat Bau pula seramai 20 mangsa daripada lapan keluarga manakala Dewan Serbaguba Kampung Mundai seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujanyang bermula sejak Sabaru lalu dijangka berterusan dan berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah dan Bintulu hari ini.

Loading...
Terkini