comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penghuni flat bergegas turun selepas rasai gegaran 

KUALA LUMPUR: Penghuni Flat Pudu Impian 1, Jalan Cheras, ibu negara bergegas meninggalkan kediaman masing-masing selepas merasai gegaran malam ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan melaporkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 malam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu segera ke lokasi bagi melakukan pemantauan.
Pemeriksaan mendapati tiada rekahan pada bangunan selain tiada kecederaan dilaporkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Utara Sumatera di Indonesia jam 10.59 malam ini.
Gempa bumi 6.2 magnitud landa Utara Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain beberapa negeri iaitu Perak,  Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Tiada risiko tsunami kepada Malaysia.
Loading...
Terkini