Tumpuan :
Nasional

Penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ, 10 Oktober ini dibatalkan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. – Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ pada 10 Oktober ini dibatalkan, umum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di sini, sebentar tadi.

Pada sidang media di sini, beliau juga memaklumkan susulan keputusan itu orang ramai boleh menggunakan aplikasi seperti biasa, menurut laporan BERNAMA.

Kemas kini terbaharu aplikasi MyJPJ semalam memaparkan notis kepada pengguna untuk mendaftar akaun MyDigital ID sebelum 10 Oktober ini.

Selepas tarikh itu, pendaftaran MyDigital ID diperlukan untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ.

“Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024.

“Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk,” tulis kenyataan dalam paparan di aplikasi MyJPJ.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini