Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penggunaan kalimah Allah hanya terpakai di Sarawak untuk penerbitan bahan agama Kristian – PM

 

AYER KEROH: Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan, hanya terpakai untuk negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu sambil mengulangi pendirian kerajaan kekal komited mempertahankan dan melindungi kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi Raja, khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah selaras dengan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Sarawak, kita faham dulu tak terikat dengan keputusan negeri-negeri, ia tak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, tak boleh.

“Ini (penggunaan kalimah Allah) khusus untuk Sarawak yang kita dah kalah dalam kes awal kerana di Sarawak, memang diputuskan oleh negeri sebegitu rupa, kita kena faham,” kata Perdana Menteri pada  majlis sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tanjung Minyak, di sini, hari ini.

Anwar berkata, perkara itu juga sudah diperjelaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Penjelasan itu susulan gesaan badan bukan kerajaan (NGO) Islam supaya KDN memberi penjelasan berhubung keputusan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab dalam penerbitan bahan agama lain.

Loading...
Terkini