Tumpuan :
Nasional

Penggunaan EV sebagai kenderaan rasmi jabatan kerajaan sedang diperhalusi

Foto: Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah kereta elektrik (EV) termasuk hibrid sebagai kenderaan rasmi jabatan kerajaan sedang diperhalusi.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, MITI juga mencadangkan supaya pelepasan cukai pendapatan individu untuk langganan kemudahan atau pemasangan sistem pengecaj EV dimasukkan dalam Belanjawan 2023.

“Perkara itu sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan”.

“Sehingga kini, jumlah sedia ada untuk unit sedia ada EV dan hibrid membabitkan 21,659 dan 902 lokasi pengecaj (charging point),” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) dalam menyatakan dasar MITI untuk menggalakkan penggunaan EV.

Pada masa sama, Chin Tong berkata, melalui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia, kerangka strategi pembangunan dan perancangan pengecaj EV di negara ini juga sedang dibangunkan.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini