Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin
KUALA LUMPUR: Penggunaan sistem pagar automatik untuk pelancong dari 63 buah negara tidak menyebabkan aspek keselamatan dikompromi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun pada asalnya penggunaan pagar automatik itu hanya untuk rakyat Malaysia, jumlah ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KILA) yang besar menyebabkan kerajaan membuat keputusan berkenaan.
“Apakah sistem autogate kompromi (aspek) keselamatan, jawapannya tidak.
“Walaupun kita tak setem pasport, tapi bila dia masuk situ (pagar automatik), kita imbas gambar sebagainya itu cukup untuk kita simpan rekod,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, sistem imigresen di seluruh dunia ketika ini sedang bergerak ke arah itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.